Spesifikasi Penuh OPPO A3s Dengan Sokongan Skrin 6.2 Inci Serta Bateri 4230 mAh Mula Tertiris Di Internet Comments Off on Spesifikasi Penuh OPPO A3s Dengan Sokongan Skrin 6.2 Inci Serta Bateri 4230 mAh Mula Tertiris Di Internet

OPPO sebelum ini telah melancarkan model OPPO A3 secara rasmi di China pada bulan April yang lalu dengan sokongan pemproses AI dari MediaTek Helio P60. Nampaknya OPPO bakal tampil dengan satu lagi model terbarunya dari siri yang sama dengan kehadiran model OPPO A3s. Menurut sumber yang boleh dipercayai, model terbaru ini merupakan varian global untuk model OPPO A5 yang dijangka akan dilancarkan di China tidak lama lagi.

Walaupun masih belum diumumkan secara rasmi, spesifikasi penuh OPPO A3s dilihat telah didedahkan secara eksklusif oleh mysmartpriceOPPO A3s yang ditawarkan dalam dua warna iaitu ungu dan merah ini menampilkan paparan skrin IPS LCD dengan rekaan takuk berukuran 6.2 inci HD+ (1520 x 720 piksel). Ia juga akan dioperasikan oleh ColorOS 5.1 berasaskan Android 8.1 Oreo dan dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 450.

Keupayaan penggambaran utamanya hadir dengan dwi lensa beresolusi 13 Megapiksel (f/2.2) + 2 Megapiksel (f/2.4), manakala kamera hadapannya pula beresolusi 8 Megapiksel (f/2.2). Baterinya juga tidak mengecewakan kerana menyokong 4230 mAh dengan ruang storan dan RAM yang dipercayai sama seperti OPPO A5 iaitu 64GB + RAM 4GB.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend