Spesifikasi Penuh Honor 8C Didedahkan Di Laman VMall, Peranti Pertama Sokong Snapdragon 632 Comments Off on Spesifikasi Penuh Honor 8C Didedahkan Di Laman VMall, Peranti Pertama Sokong Snapdragon 632

Penghujung September yang lepas, Honor telah dilaporkan akan melancarkan model Honor 8C secara rasmi pada 11 Oktober ini. Di dalam artikel itu juga kami hanya berjaya mendedahkan serba-sedikit sokongan spesifikasi peranti ini, bahkan gambar yang diterima juga tidak begitu jelas.

Belum sempat dilancarkan secara rasmi, hari ini segala persoalan tentang Honor 8C telah terjawab selepas Honor sendiri telah mendedahkannya di laman sesawang VMall di China. Berdasarkan pendedahan itu, Honor 8C bakal menjadi peranti pertama yang akan menyokong pemproses Qualcomm Snapdragon 632 yang baru sahaja dilancarkan pada Jun 2018 yang lalu.

Honor 8C juga disahkan menyokong skrin IPS LCD berukuran 6.26 inci HD+ (1520 x 720 piksel), dioperasikan dengan antaramuka EMUI 8.2 berasaskan Android 8.1 Oreo, dwi kamera utama beresolusi 13MP (f/1.8) + 2MP (f/2.4), kamera swafoto 8MP (f/2.0), sokongan slot kad microSD, dan juga bateri berkapasiti 4000 mAh dengan output 5V2A.

Ditawarkan dalam empat warna pilihan iaitu Magic Night Black, Aurora BluePlatinum Gold dan Purple, pra-tempah untuk memiliki Honor 8C sudahpun dibuka di China. Terdapat dua varian boleh dipilih iaitu 4GB + 32GB atau 4GB + 64GB, dan ia akan dijual pada harga bermula daripada CNY1399 (kira-kira RM840).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend