Spesifikasi Penuh Dan Rekaan Samsung Galaxy Note 10 Lite Kini Mula Tertiris Comments Off on Spesifikasi Penuh Dan Rekaan Samsung Galaxy Note 10 Lite Kini Mula Tertiris

Samsung sebelum ini dilaporkan akan memperkenalkan versi lebih mampu milik untuk siri Galaxy Note10 dengan kemunculan peranti baharunya yang akan menggunakan nombor model SM-N770F. Menariknya baru-baru ini portal winfuture.de telahpun berkongsi spesifikasi penuh dan juga rekaan sebenar Samsung Galaxy Note10 Lite.

Galaxy Note10 Lite disahkan akan mengekalkan sokongan S Pen sebagaimana versi yang lebih mahal, malah ia juga dilihat masih mengekalkan rekaan kamera depan jenis ‘Infinity-O’ yang ditempatkan pada bahagian atas paparan skrin. Namun begitu, panel belakangnya tampil sedikit berbeza dengan menampilkan tiga kamera dalam rekaan segi empat mirip seperti Pixel 4 atau iPhone 11 Pro.

Diperkenalkan dalam tiga warna pilihan, Galaxy Note10 Lite akan dikuasakan dengan cipset Exynos 9810 daripada generasi tahun lepas, paparan skrin 6.7 inci Super AMOLED FHD+ (2400 x 1080 piksel), tiga kamera 12MP (Dual Pixel, f/1.7) + 12MP (UItra Wide Angle, f/2.2) + 12MP (Telephoto, 2x zum optikal, f/2.4), kamera depan 32MP, bateri 4500mAh dengan teknologi pengecasan pantas 25W.

Tersedia dalam satu varian sahaja iaitu 6GB + 128GB, Samsung Galaxy Note10 Lite dengan sokongan Samsung One UI 2 berasaskan Android 10 ini dipercayai akan dilancarkan secara rasmi pada 10 Januari 2020 nanti.

Baca juga:

Imej Pengolokan Samsung Galaxy Note10 Lite Menyaksikan Rekaan Kamera Mirip Google Pixel 4

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend