Spesifikasi OPPO Reno Tertiris, Hadir Dengan Skrin 6.4″, Snapdragon 710 Dan Dwi Kamera 48MP Comments Off on Spesifikasi OPPO Reno Tertiris, Hadir Dengan Skrin 6.4″, Snapdragon 710 Dan Dwi Kamera 48MP 412

Jika semalam kami ada berkongsi berita mengenai kehadiran Reno yang dipercayai tampil sebagai sub-jenama OPPO, ternyata ia adalah tidak benar kerana Reno sebenarnya merupakan siri baharu yang akan diperkenalkan oleh OPPO. Ini bermakna buat masa ini hanya Realme sahaja yang ditawarkan sebagai sub-jenama daripada OPPO.

Bahkan khabar angin yang mendakwa ia akan dilengkapi dengan sokongan spesifikasi tinggi melalui penggunaan cipset Qualcomm Snapdragon 855 juga telah dinafikan. Ini kerana berdasarkan daripada pangkalan data Lembaga Pembangunan Media Maklumat-Komunikasi (IMDA) di Singapura dan juga Bluetooth SIG, ia telah disahkan akan dikuasakan dengan cipset kelas pertengahan iaitu Snapdragon 710.

OPPO Reno yang tampil dengan nama kod CPH1917 ini juga dilaporkan akan menyokong skrin 6.4 inci FHD+, dioperasikan oleh ColorOS 6.0 berasaskan Android 9.0 Pie, menyokong sambungan WiFi 802.11ac serta Bluetooth 5.0, kamera swafoto 16MP dan juga dwi kamera utama beresolusi 48MP + 5MP.

Bagi mendapatkan maklumat lebih terperinci berhubung OPPO Reno, nantikan perkembangannya yang telah dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi pada 10 April 2019 nanti.

Baca juga:

Oppo Umum Sub-Jenama Baharu – Reno

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend