Spesifikasi OPPO Find X Dengan Paparan 2K, Snapdragon 845 Dan 5x Zum Optikal Tertiris Sebelum Dilancarkan Secara Rasmi Comments Off on Spesifikasi OPPO Find X Dengan Paparan 2K, Snapdragon 845 Dan 5x Zum Optikal Tertiris Sebelum Dilancarkan Secara Rasmi

Jika sebelum ini OPPO telah membuat kejutan kepada peminatnya dengan pengesahan kemunculan semula siri yang sudah lama dilupakan iaitu siri Find melalui model terbarunya iaitu OPPO Find X tidak lama lagi. Walaupun belum didedahkan tarikh pelancaran rasminya, baru-baru ini ada individu di blog popular Weibo dilihat telah mula berkongsi spesifikasi OPPO Find X ini.

Menurut perkongsian itu, OPPO Find X didakwa akan menyokong paparan skrin berukuran 6.42 inci dengan rekaan skrin penuh. Malah ia juga dikatakan bakal meneruskan legasi paparan skrin beresolusi 2K sama seperti model asal iaitu OPPO Find 7. Keupayaan prestasi model terbaru OPPO ini juga tidak boleh dipertikaikan kerana menyokong pemproses Qualcomm Snapdragon 845, kapasiti RAM sehingga 8GB dan juga ruang storan mencecah sehigga 256GB.

Sama seperti iPhone X dan Xiaomi Mi 8 Explorer Edition, OPPO Find X juga dipercayai hadir dengan teknologi pengecaman wajah 3D untuk mengakses peranti yang telah dikunci. Teknologi 5x zum optikal yang sebelum ini pernah ditunjukkan dalam acara MWC pada tahun lepas juga dikatakan akan turut diperkenalkan pada OPPO Find X. Selain itu ia juga akan dikuasakan dengan bateri 4000 mAh dengan sokongan Super VOOC Flash Charge.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend