Spesifikasi NVIDIA RTX 3080 Dan RTX 3070 Tertiris Buat Pertama Kalinya Comments Off on Spesifikasi NVIDIA RTX 3080 Dan RTX 3070 Tertiris Buat Pertama Kalinya

Tidak lama lagi NVIDIA bakal memperkenalkan barisan kad grafik RTX siri-3000 kepada umum sebagai tanda persaingan kepada AMD yang kini dilihat cukup aktif dalam pengeluaran kad grafik berprestasi tinggi.

NVIDIA juga dipercayai akan menampilkan teknologi seni bina baharu yang dinamakan Ampere melalui RTX 3080 dan RTX 3070.

Kedua-dua kad grafik ini dijadualkan akan dilancarkan di acara Persidangan Teknologi GPU (GTC) pada bulan Mac depan, namun hari ini spesifikasinya telahpun tertiris buat pertama kali.

Menurut sumber, dua model kad grafik ini hadir dengan kod teras GA103 dan GA104. Kedua-duanya merupakan GPU bertaraf kelas mercu dari keluarga Ampere. Ini juga julung kali NVIDIA menggunakan kod teras yang berakhir dengan angka 3.

Daripada segi spesifikasi, GA103 akan tiba dengan kapasiti 10/20GB GDDR6 VRAM yang dilengkapi SM (Streaming Multiprocessors) dengan kiraan 60, 3480 pemproses strim, serta 320-bit memori video.

Untuk GA104 pula, ia didatangkan memori berkapasiti 8/16GB GDDR6 VRAM diikuti 48 set tatasusunan SM selain terdapat 3072 pemproses strim dan 256-bit video.

Antara kedua-dua spesifikasi ini, jelas menunjukkan GA103 memiliki keupayaan prestasi yang lebih tinggi. Ini bermakna GA103 merujuk kepada kad grafik RTX 3080 sementara satu lagi pula adalah untuk RTX 3070.

Bagaimanapun, kedua-duanya GPU ini dibangunkan di atas seni bina cip 7nm. Tetapi masih belum diketahui lagi siapakah pengeluar yang akan memulakan produksi untuk produk-produk ini. Sama ada Samsung atau TSMC, masih tiada pengesahan buat masa ini.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend