Spesifikasi Kamera Vivo V17 Pro Kini Disahkan Secara Rasmi, Tiba Di Malaysia Pada 1 Oktober 2019 Comments Off on Spesifikasi Kamera Vivo V17 Pro Kini Disahkan Secara Rasmi, Tiba Di Malaysia Pada 1 Oktober 2019 444

Mungkin anda sudah sedia maklum bahawa Vivo Malaysia sebelum ini telahpun mengesahkan tarikh pelancaran rasmi model Vivo V17 Pro untuk pasaran tempatan pada 1 Oktober 2019 nanti. Malah Vivo Malaysia sendiri sudah mula memperlihatkan rekaan sebenar yang akan diperkenalkan pada Vivo V17 Pro nanti.

Melalui pendedahan rasmi, Vivo V17 Pro telah disahkan menyokong dwi kamera depan beresolusi 32MP (Ultra Clear Main Camera, f/2.0) + 8MP (Super Wide Angle, f/2.2) jenis pop-naik yang turut tersedia dengan lubang earpiece serta lampu ‘Selfie Softlight’. Menariknya ia juga diiktiraf sebagai telefon pintar pertama di dunia menyokong dwi kamera depan jenis pop-naik.

Vivo V17 Pro juga turut menjanjikan keupayaan penggambaran utama yang cukup menarik kerana tersedia dengan sokongan kuad kamera beresolusi 48MP (Ultra Clear Main Camera, f/1.8) + 8MP (Super Wide Angle, f/2.2) + 2MP (Bokeh) + 2MP (Super Macro). Dikuasakan dengan cipset Snapdragon 675 dan skrin Super AMOLED 6.44 inci, harga jualan Vivo V17 Pro akan diumumkan secara rasmi pada awal bulan depan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend