Spesifikasi Kamera HUAWEI P40 Pro Tertiris, Sokong Lensa Utama Sony IMX700 RYYB 52MP Comments Off on Spesifikasi Kamera HUAWEI P40 Pro Tertiris, Sokong Lensa Utama Sony IMX700 RYYB 52MP

Dijadualkan akan dilancarkan pada 26 Mac ini, setakat ini pelbagai maklumat berhubung siri HUAWEI P40 telah berjaya didedahkan kepada umum. Melalui perkongsian terbaharu, peniris popular @RODENT950 telah berkongsi pula spesifikasi kamera yang akan disokong oleh HUAWEI P40 Pro.

Menurutnya, HUAWEI P40 Pro akan menyokong lensa utama beresolusi 52MP menggunakan sensor Sony IMX700 (Hexadeca Bayer) RYYB berukuran 1/1.28″. Manakala untuk lensa Ultra Wide Cine, ia hadir dengan sokongan sensor IMX650 RGGB berukuran 1/1.5″ beresolusi 40MP.

HUAWEI P40 Pro juga dipercayai akan dilengkapi ciri tele zum optikal sehingga 3x, dan juga 10x zum optikal menggunakan lensa periskop yang hadir dengan sokongan lensa 2P1G (gabungan lensa kaca dan plastik).

Sama seperti HUAWEI P30 Pro, generasi baharu siri HUAWEI P ini turut tersedia dengan lensa ToF (Time of Flight) untuk membantu menentukan kedudukan jarak subjek dengan lebih tepat bagi menghasilkan efek bokeh yang lebih baik.

Selain tersedia dengan sokongan kuad kamera hasil sentuhan Leica, keupayaan penggambaran HUAWEI P40 Pro masih mengekalkan sokongan Color Temperature sensor, dalam rekaan kamera segi empat tepat yang kini menjadi trend.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend