Spesifikasi Huawei Watch GT Berjaya Didedahkan Sebelum Pelancaran Rasmi Pada 16 Oktober Nanti Comments Off on Spesifikasi Huawei Watch GT Berjaya Didedahkan Sebelum Pelancaran Rasmi Pada 16 Oktober Nanti

Jika pada awal bulan lalu kami ada menyiarkan artikel berhubung pelancaran Huawei Watch GT serentak dengan majlis pelancaran siri Huawei Mate 20, kali ini spesifikasi jam tangan pintar itu telah berjaya didedahkan sebelum diumumkan secara rasmi.

Ketirisan spesifikasi ini telah berjaya diperolehi selepas Huawei tanpa sengaja telah mengaktifkan laman sesawang percubaan Huawei Watch GT, sebelum laman tersebut ditutup semula daripada diakses. Namun begitu seperti biasa ada pihak telah berjaya mendapatkan senarai spesifikasi jam tangan pintar itu.

Spesifikasi Huawei Watch GT:

  • Antaramuka jam yang dibangunkan sendiri oleh Huawei dan mirip seperti Wear OS
  • Pemproses Cortex-M4
  • 1.39 inci AMOLED, 454 x 454 piksel
  • Berat 46g (tanpa tali)
  • Kerangka 316L Stainless Steel dengan bezel diperbuat daripada seramik
  • 5ATM (kalis air dan debu)
  • Monitor degupan jantung TruSeen 3.0
  • 420 mAh dengan masa penggunaan 2 minggu, 30 hari mod jam, dan 22 jam mod GPS
  • Tapak pengecasan magnetik dengan masa mengecas penuh kurang 2 jam
  • Sokong GPS + GLONASS + Beidou / Galileo
  • Penjejakan aktiviti (larian, berjalan, menunggang basikal, berenang, mendaki dan sebagainya)
  • Penggera panggilan serta mesej, notifikasi, kiraan langkah, kiraan jarak, pembakaran kalori
  • Accelerometer, gyro sensor, geomagnetic compass, optical heart rate sensor, air pressure sensor, ambient light sensor

Buat masa ini, anda boleh mendapatkan Huawei A2 Band pada harga RM169 di kedai dalam talian Huawei Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend