Spesifikasi Huawei P Smart 2019 Tertiris – Bakal Diperkenalkan Januari Depan Comments Off on Spesifikasi Huawei P Smart 2019 Tertiris – Bakal Diperkenalkan Januari Depan

Huawei dilaporkan bakal tampil dengan telefon pintar terbaharu seawal tahun hadapan yang dinamakan Huawei P Smart 2019. Terbaru, mula tertiris di internet ialah spesifikasi peranti tersebut yang sedang melepasi pengesahan Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) yang berpengkalan di AS.

Kod nama yang digunakan Huawei P Smart 2019 ialah POT-LX3, malah berdasarkan salinan lakaran, ia menunjukkan peranti ini akan hadir dengan rekaan dwi kamera utama dan pengimbas cap jari di sebelah belakang. Sementara di sebelah depan, ia dipadankan skrin bertakuk kecil yang dipercayai hanya menempatkan satu sensor untuk kamera swafoto.

Tambahan, Huawei P Smart 2019 akan dilengkapi paparan 6.2-inci, memori RAM 3GB dan storan 32GB atau 64GB. Masih belum dipastikan lagi mengenai cip pemproses, peranti ini mungkin dijana cipset Kirin 710 berbanding Kirin 659 yang dimuatkan pada generasi terdahulu. Dokumen FCC turut melaporkan peranti ini menyokong bateri sebesar 3,320mAh dan didatangkan dengan dua varian satu SIM dan dwi SIM. Huawei P Smart 2019 mungkin dikenakan tanda harga sebanyak €199 (~RM952) seunit.

Melalui sumber kami pula, Huawei Malaysia dikhabarkan bakal mengadakan majlis pelancaran pada bulan Januari depan dan kami mengesyaki ia adalah majlis pelancaran untuk Huawei P Smart 2019.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend