Spesifikasi Dan Rekaan Google Pixel 4a Mula Tertiris Di YouTube Comments Off on Spesifikasi Dan Rekaan Google Pixel 4a Mula Tertiris Di YouTube

Melalui perkongsian video berbahasa Sepanyol yang baru dimuat naik di YouTube, kini spesifikasi asas dan juga rekaan Google Pixel 4a telahpun berjaya didedahkan. Namun begitu, peranti di dalam video itu berkemungkinan merupakan unit prototaip berikutan terdapat nombor kod pada panel belakangnya.

Pixel 4a dilihat mengekalkan rekaan panel belakang mirip seperti siri Pixel 4, tetapi ia hanya tersedia dengan satu lensa untuk kamera utama beresolusi 12MP dan juga LED flash. Bahkan panel belakang ini turut menempatkan sokongan sensor pengimbas cap jari.

Manakala panel depannya pula tersedia dengan rekaan lubang kamera beresolusi 8MP yang terletak pada bahagian atas kiri skrin. Pixel 4a turut menyokong paparan skrin 5.81 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel) dengan kadar segar semula skrin 60Hz.

Dilengkapi bateri berkapasiti 3080mAh dengan sambungan port pengecasan USB Type-C, unit Pixel 4a di dalam video ini merupakan varian 6GB + 64GB. Selain itu, ia turut didatangkan dengan bicu audio 3.5mm pada bahagian atas kerangkanya.

Dikuasakan dengan cipset Snapdragon 730 dan juga dioperasikan oleh Android 10, Pixel 4a juga menyokong dua kad SIM yang mana SIM kedua dipercayai menggunakan eSIM.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend