Spesifikasi Dan Harga Jualan Xiaomi Mi Play Mula Didedahkan Di Internet Comments Off on Spesifikasi Dan Harga Jualan Xiaomi Mi Play Mula Didedahkan Di Internet

Di dalam satu persidangan dalaman Xiaomi yang diadakan di China baru-baru ini, seorang pengguna di Weibo dilihat telah mengambil kesempatan untuk membocorkan maklumat awal berhubung spesifiaksi dan juga harga jualan Xiaomi Mi Play.

Berdasarkan perkongsian slideshow yang berjaya dirakam, Xiaomi Mi Play dipercayai menyokong pemproses MediaTek Helio yang tidak pula didedahkan. Tetapi melalui perbualan di kalangan pengguna Weibo, ia mungkin akan dikuasakan oleh MediaTek Helio P90 yang baru sahaja dilancarkan November lalu.

Selain itu Xiaomi Mi Play juga akan didatangkan dalam dua konfigurasi memori iaitu 6GB + 64GB ataupun 6GB + 128GB, dengan sokongan bateri berkapasiti hanya 3000 mAh. Manakala paparan skrinnya pula berukuran 5.84 inci dengan rekaan takuk jenis titisan air. Sebagaimana ketirisan kotak pembungkusannya sebelum ini, ia telah disahkan menyokong akses Internet percuma untuk tahun pertama.

Xiaomi Mi Play dikhabarkan akan dijual pada harga CNY1,699 (kira-kira RM1,029) dan akan turut ditawarkan dengan pakej waranti kemalangan untuk tempoh 12 bulan pada harga hanya CNY99 (kira-kira RM60). Model akan mula dilancarkan secara rasmi di China pada 24 Disember ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend