Spesifikasi Dan Harga Jualan Samsung Galaxy Tab S6 Lite Dengan Sokongan Cipset Exynos 9611 Tertiris Comments Off on Spesifikasi Dan Harga Jualan Samsung Galaxy Tab S6 Lite Dengan Sokongan Cipset Exynos 9611 Tertiris

Samsung sebelum ini telah melancarkan tablet paling berkuasanya iaitu Galaxy Tab S6 pada Julai 2019, bahkan model yang sama mula menembusi pasaran Malaysia pada Oktober tahun lepas dan dijual pada harga RM3,099.

Menariknya Samsung bakal tampil dengan versi lebih mampu milik dengan ketirisan varian WiFi untuk model Galaxy Tab S6 Lite di platform membeli-belah atas talian di UK.

Hadir dengan nombor model SM-P610, Galaxy Tab S6 Lite akan dilengkapi dengan skrin berukuran 10.4 inci, dikuasakan dengan cipset Exynos 9611, kombinasi memori 4GB + 64GB, dan akan dioperasikan oleh Android 10.

Tablet Samsung ini juga dijangka akan ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Angora Blue dan Oxford Grey, Galaxy Tab S6 Lite yang memiliki ketebalan hanya 7mm dengan sambungan bicu audio 3.5mm akan dijual pada harga £339 (~RM2,144).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend