Sony Xperia XZ4 Akan Dibekalkan Kamera 52MP? Comments Off on Sony Xperia XZ4 Akan Dibekalkan Kamera 52MP?

Tahun ini menjadi trend pengeluar memperkenalkan telefon pintar dengan kamera depan pada lubang skrin. Selain daripada itu, kini ada khabar angin yang mengatakan Sony akan memperkenalkan kamera 52MP pada Sony Xperia XZ4.

Sekiranya ia benar-benar dilakukan Sony, peranti ini bakal menjadi telefon pintar pertama dengan kamera seumpamanya – lebih besar daripada kamera 48MP pada Honor View 20. Konfigurasi kamera Sony XZ4 ini mungkin akan dilengkapi tiga sensor antaranya 16MP (telefoto), 52MP (utama), dan 0.3MP (ToF) dengan bukaan f/2.6, f/1.6, dan f/1.4.

Sensor 52MP ini sebenarnya bukan piksel tunggal semata-mata tetapi piksel yang menggabungkan empat gambar 13MP kepada satu gambar akhir. Menurut sumber, maklumat ini sangat kukuh kerana imej pengolokan adalah berdasarkan lakaran CAD yang pernah tertiris.

Sony Xperia XZ4 dikatakan bakal dilengkapi skrin 6.5-inci QHD+ dengan nisbah 21:9, memori RAM 6GB, dan storan seluas 128GB. Disamping itu, ia dibekalkan bateri 4400mAh bersama janaan cip pemproses Snapdragon 855.

Adakah Sony XZ4 akan mengambil tempat di acara MWC 2019 kelak? Sama-sama kita nantikan.

Melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend