Sony Xperia XZ2 Dan Xperia XZ2 Compact Kini Berwajah Baharu 0 159

Sony juga tidak melepaskan peluang yang ada dalam acara MWC 2018 dengan mengumumkan dua model baharu keluarannya dengan kehadiran Xperia XZ2 dan juga Xperia XZ2 Compact. Berbeza dengan model keluaran Sony yang lain, kedua-dua model ini merupakan yang pertama dari Sony menyokong nisbah paparan 18:9 dan ia juga dikuasakan dengan pemproses paling berkuasa Qualcomm Snapdragon 845.

Walaupun hadir dengan sokongan spesifikasi yang mengikut trend flagship pada masa kini, penukaran filosofi rekaan ‘OmniBalance’ yang diguna pakai sejak model Xperia Z telah digantikan dengan rekaan baharu yang dikenali sebagai ‘Ambient Flow’.

Rekaan baharu pada Xperia XZ2 dan Xperia XZ2 Compact ini mungkin membuatkan ada di antara yang akan mengeluh kerana rekaan ikonik yang menjadi kebanggaan sejak lima tahun dahulu ternyata telah berubah sepenuhnya.

Sony Xperia XZ2
Spesifikasi Sony Xperia XZ2
Ukuran 153 x 72 x 11.1mm
Berat 198g
Platform Android 8.0 Oreo dengan Sony Xperia UI
CPU Qualcomm Snapdragon 845
4x 2.8GHz Kryo 385 “Performance” + 4x 1.8GHz Kryo 385 “Efficiency”
GPU Adreno 630
Memori 64GB + RAM 4GB
microSD (sehingga 400GB)
Bateri 3,180 mAh, Teknologi pengecasan wayarles
Paparan 5.7 inci LCD TRILUMINOS
FHD+ (2160 x 1440 pixels)
18:9, HDR, Sony Advanced X-Reality Engine
Kamera Utama 19 Megapiksel (1/2.3″ sensor size, f/2.0 aperture, LED flash, PDAF dan Laser Autofocus, 4K HDR)
Kamera Depan 5 Megapiksel (f/2.2 aperture)
Sambungan 802.11ac, Bluetooth 5.0, USB Type-C
Speaker Stereo, Hi-Fi Audio DAC, S Force (20% lebih lantang)
Pilihan Warna Liquid Silver, Liquid Black, Deep Green, dan Ash Pink
Sony Xperia XZ2 Compact
Spesifikasi Sony Xperia XZ2 Compact
Ukuran 135 x 65 x 12.1mm
Berat 168g
Platform Android 8.0 Oreo dengan Sony Xperia UI
CPU Qualcomm Snapdragon 845
4x 2.8GHz Kryo 385 “Performance” + 4x 1.8GHz Kryo 385 “Efficiency”
GPU Adreno 630
Memori  64GB + RAM 4GB
microSD (sehingga 400GB)
Bateri 2,870mAh
Paparan 5.0 inci LCD
FHD+ (2160 x 1440 pixels)
18:9
Kamera Utama 19 Megapiksel (1/2.3″ sensor size, f/2.0 aperture, LED flash, PDAF dan Laser Autofocus, 4K HDR)
Kamera Depan 5 Megapiksel (f/2.2 aperture)
Sambungan 802.11ac, Bluetooth 5.0, USB Type-C
Speaker Stereo
Pilihan Warna White Silver, Black, Moss Green, dan Coral Pink
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend