Sony Xperia Ear Duo Akan Mula Dijual Di Malaysia Pada 4 Jun 2018 – RM1,199 Comments Off on Sony Xperia Ear Duo Akan Mula Dijual Di Malaysia Pada 4 Jun 2018 – RM1,199

Tampil dengan rekaan unik yang berbeza dengan fon telinga Bluetooth lain, Sony Xperia Ear Duo menampilkan rekaan yang boleh dipakai pada bahagian bawah cuping telinga. Apa yang istimewanya tentang Xperia Ear Duo adalah keupayaannya untuk merevolusikan pengalaman ‘Dual Listening’ yang membolehkan anda mendengar muzik dan bunyi persekitaran secara serentak.

Bagi memastikan anda tidak terlepas sebarang perkara penting, ia turut dilengkapi dengan fungsi ‘Daily Assist’ yang mampu mengenal pasti masa, lokasi dan juga aktiviti untuk memberitahu anda maklumat yang relevan pada masa itu. Sony Xperia Ear Duo turut menyokong cip CDX5602 yang efisien tenaga, dilengkapi teknologi audio ‘Sony Clear Phase’ bagi memastikan bunyi yang lebih jelas, dan juga integrasi pembantu digital Google Assistant atau Siri.

Xperia Ear Duo yang ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu hitam dan emas ini akan dijual pada harga RM1,199 bermula dari 4 Jun 2018 di kedai Sony terpilih.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend