Sony Xperia 1 Diperkenalkan – Telefon Pintar Pertama Di Dunia Guna Skrin 21:9 4K OLED Comments Off on Sony Xperia 1 Diperkenalkan – Telefon Pintar Pertama Di Dunia Guna Skrin 21:9 4K OLED 374

Sony sebelum ini pernah menjadi pengeluar pertama di dunia yang hadir dengan telefon pintar menggunakan skrin 4K menerusi Xperia XZ Premium. Kali ini, benda yang hampir sama juga berlaku apabila Sony hadir dengan telefon pintar pertama di dunia menggunakan paparan OLED 4K yang dinamakan Xperia 1.

Sony Xperia 1 bukan sahaja menawarkan paparan beresolusi ultra berdifinisi tinggi tetapi hadir dengan rekaan skrin nisbah 21:9. Ini menjadikan rekaan telefon pintar ini agak panjang berbanding telefon pintar lain di pasaran. Menariknya paparan CinemaWide ini, ia membawakan sokongan HDR untuk pengalaman menonton yang lebih imersif yang mampu memainkan kandungan HDR 21:9 di Netflix dan Amazon.

Bukan itu sahaja, Sony Xperia 1 turut menjadi telefon pintar pertama Sony yang dilengkapi tri kamera belakang. Walaupun ciri ini sudah lama ada pada peranti keluaran lain, tri kamera belakang ini menempatkan tiga sensor 12MP yang mana sensor utama datang dengan bukaan f/1.6. Ia juga diperketatkan dengan teknologi Optical SteadyShot (OIS+EIS) dan Dual Pixel autofocus. Dua sensor yang selebihnya pula membolehkan pengguna mengambil gambar jauh sehingga 2x zoom atau gambar bersudut ultra-lebar.

Rakaman video pada peranti ini membolehkan pengguna merakam video seperti di dalam filem menerusi mod CinemaPro pada nisbah 21:9. Sony turut menyertakan CineAlta pada aplikasi Cinema Pro yang mana membolehkan pengguna menyunting video, pengubah warna, dan menguruskan projek video terus pada telefon pintar.

Bagi permainan mudah alih pula, buat masa ini Fortnite antara permainan yang menyokong ciri penuh pada skrin memanjang ini. Untuk bunyi sekeliling yang lebih menyeluruh, ia menyediakan sistem speaker stereo berteknologi Dolby Atmos.

Peranti ini diperkasakan dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 855 dan 6GB RAM bersama pilihan storan 64GB atau 128GB – juga boleh diperluaskan dengan kad microSD sehingga 512GB. Melihat pada bateri, ia cuma dibekalkan dengan kapasiti bersaiz 3,330mAh serta menyokong ciri USB Power Delivery (PD) tetapi tidak diberikan terus dari kotak.

Sony Xperia 1 didatangkan dengan kerangka badan kalis air dan debu IP68, panel Corning Gorilla Glass 6, dan pengimbas cap jari pada bahagian sisi kerangka terpisah dengan butang kuasa. Perant ini akan berada di pasaran sekitar bulan Mac hingga Jun pada harga yang belum didedahkan lagi.

Sumber

Baca juga:

Sony Xperia L3 Kini Rasmi Dengan Sokongan Helio P22, 5.7 Inci HD+ Dan Bateri 3300 mAh

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend