Sony Tunda Tarikh Tayangan Filem Terbaru – ‘Uncharted’ Tersenarai Comments Off on Sony Tunda Tarikh Tayangan Filem Terbaru – ‘Uncharted’ Tersenarai

Boleh dikatakan hampir semua industri perindustrian di dunia sekarang ini sedang menghadapi kesulitan ekoran pandemik koronavirus. Terkini, Sony melalui industri perfileman meraka iaitu Sony Pictures telah mengambil keputusan untuk menjadualkan semula pelancaran filem mereka pada tahun ini dan tahun hadapan.

Antara senarai filem yang akan ditangguh sehingga tahun hadapan adalah ‘Morbius’, ‘Ghostbusters: Afterlife’, ‘Peter Rabbit 2’, dan ‘Uncharterd’.

Seperti ‘Ghostbusters: Afterlife’, filem ini sepatutnya akan mula ditayangkan pada 10 Julai depan tetapi Sony Pictures telah tetapkan tarikh baharu iaitu pada 5 Mac 2021 manakala ‘Morbius’ pula akan bertemu penonton pada 19 Mac 2021 yang mana ditunda dari tarikh asal iaitu 31 Julai 2020. Filem animasi ‘Peter Rabbit 2: The Runaway’ juga akan ditunda dari 7 Ogos 2020 ke 15 Januari 2021.

Seterusnya, filem yang ditunggu-tunggu ramai, ‘Uncharted’ turut tidak terkecuali yang maan ia akan dimainkan di panggung wayang bermula 8 Oktober 2021, ditangguh selama hampir lima bulan dari tarikh asal. Bagi yang belum tahu, ‘Uncharted’ merupakan filem pertama yang diadaptasi daripada permainan video eksklusif di Playstation 4.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend