Sony Tarik Diri Dari Menyertai MWC 2020 Atas Alasan Koronavirus Comments Off on Sony Tarik Diri Dari Menyertai MWC 2020 Atas Alasan Koronavirus

Wabak koronavirus sehingga kini telah mengorbankan lebih 1000 mangsa di seluruh dunia. Daripada 43,000 kes jangkitan, lebih kurang 4000 pesakit telah berjaya dipulihkan. Tanda-tanda untuk wabak ini berakhir masih lagi belum kelihatan dan banyak industri di sana kini lumpuh buat seketika.

Terbaru, Sony dilaporkan telah menarik diri daripada menyertai acara MWC 2020 di Barcelona berikutan wabak penularan koronavirus. Syarikat Jepun ini nampaknya mengambil langkah pencegahan awal walaupun pihak penganjur berjanji akan melaksanakan langkah-langkah pencegahan komprehensif kepada semua yang terlibat termasuk para pengunjung yang hadir.

Berikut merupakan kenyataan rasmi daripada Sony:

Sony telah memantau rapat keadaan semasa berikutan wabak koronvirus yang telah diistiharkan sebagai kecemasan global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 30 Januari 2020.

Apabila kami meletakkan kepentingan paling penting dalam keselamatan dan kesejahteraan pelanggan, rakan kongsi, media, dan pekerja kami, kami telah mengambil keputusan yang sukar untuk menarik diri daripada mempamerkan produk dalam MWC 2020 di Bercelona, Sepanyol.

Persidangan akhbar Sony akan berlangsung pada waktu yang dijadualkan pada 8.30 pagi (waktu Eropah) 24 Februari 2020 melalui saluran rasmi Xperia di YouTube untuk kami berkongsi berita mengenai produk terbaru kami.

Ini bermakna orang ramai boleh menonton penstriman langsung pelancaran produk terbaru Sony melalui YouTube semasa MWC 2020 berlangsung nanti.

Sony bukanlah satu-satunya pemain yang menarik diri daripada menyertai pameran mudah alih terbesar ini memandangkan LG dan ZTE turut mengambil keputusan yang sama minggu lalu.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend