Sony PlayStation Classic Didedahkan Menyokong Cipset MediaTek MT8167A Comments Off on Sony PlayStation Classic Didedahkan Menyokong Cipset MediaTek MT8167A

Cipset yang dihasilkan oleh MediaTek sering dilabelkan sebagai pemproses kelas pertengahan dan tidak begitu dipandang oleh sesetengah pengguna. Walaupun pelbagai persepsi yang kurang baik dilemparkan pada pemproses MediaTek sebelum ini, syarikat yang berpangkalan dari Taiwan ini dilihat semakin mendapat perhatian ramai selepas siri pemproses Helio diperkenalkan.

Apa yang menariknya, pengeluar konsol permainan yang sememangnya popular dilihat turut menggunakan pemproses daripada MediaTek untuk produk keluarannya. Perkara ini berjaya didedahkan selepas blog terkenal dari Itali iaitu HDBlog.it telah membuka konsol permainan Sony PlayStation Classic yang baru dilancarkan September yang lalu.

Melalui pendedahan yang dibuat, Sony PlayStation Classic telah dikuasakan oleh pemproses empat teras daripada MediaTek MT8167A berkelajuan 1.5GHz. Ia juga telah disahkan menyokong GPU PowerVR GE8300, RAM berkapasiti 1GB, ruang storan eMMC 5.1 sebesar 16GB, dan juga codec audio MT6392A.

Perbezaan saiz antara Sony PlayStation generasi pertama dengan Sony PlayStation Classic yang baru dilancarkan pada September lalu.

Sony PlayStation Classic ini ditawarkan pada harga USD99.99 (kira-kira RM419) dan akan dijual bermula 3 Disember nanti. Ia turut didatangkan dengan 20 permainan pra-pasang.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend