Sony Perkenal Sensor Imej IMX586 Dengan Sokongan Resolusi Penggambaran Sehingga 48 Megapiksel Comments Off on Sony Perkenal Sensor Imej IMX586 Dengan Sokongan Resolusi Penggambaran Sehingga 48 Megapiksel

Sony Corporation hari ini telah mengumumkan kehadiran sensor imej terbarunya dengan model IMX586, khusus untuk penggambaran pada telefon pintar. Sensor imej yang menawarkan kiraan piksel tertinggi dalam industri ini menjanjikan keupayaan penggambaran sehingga 48 Megapiksel. Lebih istimewanya ia menjanjikan saiz piksel paling kompak di dunia dengan ukuran hanya 0.8 μm.

Sensor baru ini turut menyokong penapis warna Quad Bayer, di mana 2×2 piksel bersebelahan hadir dalam warna yang sama, sekaligus menjanjikan kepekaan penggambaran yang lebih tinggi. Di dalam persekitaran kurang cahaya, isyarat daripada empat piksel bersebelahan akan ditambah, meningkatkan kepekaan cahaya yang bersamaan dengan saiz piksel 1.6 μm (12 megapixel) bagi menghasilkan imej yang terang dan jelas.

Selain itu, Sony IMX586 ini turut menyokong teknologi kawalan exposure dan juga fungsi pemproses isyarat terbina-dalam pada sensor imej. Ini secara tidak langsung membolehkan sokongan output masa nyata dan juga jarak dinamik unggul empat kali ganda lebih baik berbanding unit konvensional. Malah ia juga mampu memastikan penggambaran HDR yang lebih sempurna tanpa isu pendedahan cahaya atau kehilangan tahap kejelasan di tempat yang gelap.

Sony IMX586 akan mula ditawarkan pada September 2018 nanti dan buat masa ini masih belum didedahkan peranti mana yang akan menyokongnya.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend