Sony Malaysia Bawa Masuk Barang ‘Fresh’ Dari CES 2018 0 87

Bukan main laju Sony Malaysia bawa masuk smartphone yang baru je diperkenalkan dalam acara CES 2018 yang baru je berlangsung.

Model pertama yang diperkenalkan adalah Xperia XA2 Ultra yang hadir dengan dwi kamera (16MP + 8MP) pada bahagian hadapan, kamera belakang Exmor RS 23MP, Qualcomm Snapdragon 630, 4GB RAM, 64GB ROM dan bateri berkapasiti 3,580 mAh.

Sony Xperia XA2 Ultra

Seterusnya, ‘adik’ kepada Xperia XA2 Ultra juga turut dilancarkan hari ini. Xperia XA2 hadir dengan paparan Full HD 5.2 inci, cip Qualcomm Snapdragon 630, 3GB RAM dan ruang storan dalaman 32GB. Model ini tidak mempunyai setup dwi kamera, ia hanya dilengkapi kamera hadapan 8MP wide angle dan kamera belakang Exmor RS 23MP.

Sony Xperia XA2

Akhir sekali, yang paling ‘adik’ pada pelancaran ini adalah Xperia L2. Ia mempunyai CPU MediaTek MT6737T Quad Core, 3GB RAM, penyimpanan dalaman 32GB dan bateri berkapasiti 3,300 mAh. Kamera hadapannya pula sama dengan model Xperia XA2 (8MP wide angle) dan kamera belakang 13MP.

Sony Xperia L2

Sony Xperia XA2 Ultra, XA2, dan L2 akan mula dijual pada 9 Februari 2018 pada harga RM1999, RM1299 dan RM999.

Amacam, berbaloi ke?

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend