Sony Lancar Peranti Mercu Xperia 1 II Dengan Cipset Snapdragon 865, Skrin 4K HDR OLED dan Kuad Kamera Comments Off on Sony Lancar Peranti Mercu Xperia 1 II Dengan Cipset Snapdragon 865, Skrin 4K HDR OLED dan Kuad Kamera

Hari ini Sony dan ZEISS telah berkolaborasi untuk melancarkan telefon pintar mercu terbaharu yang membawakan sentuhan pengimejan digital ZEISS pada telefon pintar Xperia 1 II (disebut sebagai Xperia 1 Mark II).

Berbeza dengan generasi sebelum ini, Xperia 1 II akan menampilkan sokongan teknologi optik ZEISS dengan T* (disebut sebagai T-Star) yang mampu menghasilkan imej lebih berkualiti melalui lapisan anti-pantulan. Malah ia juga merupakan telefon pintar pertama dilengkapi ciri 20fps AF/AE tracking burst.

Keupayaan penggambaran Xperia 1 II telah dibantu oleh sokongan kuad kamera beresolusi 12MP (f/1.7, Dual Pixel PDAF, OIS) + 12MP (Telephoto, PDAF, 3x Optical Zoom, OIS) + 12MP (Ultra Wide, Dual Pixel PDAF) + ToF. Manakala kamera depannya pula beresolusi 8MP dengan bantuan HDR.

Hadir dengan paparan skrin Corning Gorilla Glass 6 4K OLED berukuran 6.5 inci, Xperia 1 II yang menyokong nisbah aspek skrin 21:9 ini turut hadir dengan ciri Motion Blur Reduction, yang menurut Sony setanding paparan skrin dengan kadar segar semula 90Hz.

Sony Xperia 1 II ini juga telah dikuasakan dengan cipset Snapdragon 865, RAM sebesar 8GB, storan dalaman sebesar 256GB, dan juga slot kad microSD jenis hibrid (menggunakan slot SIM).

Spesifikasi lain yang disokong termasuklah bateri berkapasiti 4000mAh, bicu audi 3.5mm, butang kuasa dengan pengimbas cap jari terbina-dalam, speaker stereo, ciri kalis air serta debu IP68, dan juga sistem getaran dinamik.

Ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu putih, hitam dan ungu, harga dan ketersediaan Sony Xperia 1 II di pasaran akan diumumkan dalam masa terdekat nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend