Sony Bayar RM938j Untuk Memiliki Insomniac Games, Pembangun Marvel’s Spider-Man Untuk PS4 Comments Off on Sony Bayar RM938j Untuk Memiliki Insomniac Games, Pembangun Marvel’s Spider-Man Untuk PS4

Sony baru-baru ini mengumumkan telah membayar sebanyak JPY24.895 bilion atau kira-kira RM938 juta untuk memiliki Insomniac Games yang merupakan pembangun permainan Marvel’s Spider-Man untuk PlayStation 4, Spyro the Dragon dan juga Ratchet and Clank.

Pemilikan Insomniac Games ini telah dibuat pada bulan Ogos tahun lepas, tetapi baru kini jumlah pemilikan itu didedahkan kepada umum. Malah hampir keseluruhan pemilikan itu telah dibayar dalam bentuk wang tunai.

Menurut Ted Price selaku CEO Insomniac Games, pemilikan syarikat ini oleh Sony sememangnya sangat sesuai kerana Insomniac Games telah berkolaborasi dengan Sony untuk tempoh lebih 20 tahun. Ini penawaran 20 judul permainan berbeza untuk empat konsol PlayStation.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend