Sony Bakal Hadir Dengan Rekaan Lubang Kamera Pada Skrin Untuk Model Xperia Tahun 2020 Comments Off on Sony Bakal Hadir Dengan Rekaan Lubang Kamera Pada Skrin Untuk Model Xperia Tahun 2020

Apabila merujuk kepada reka bentuk telefon pintar, tidak dinafikan lagi bahawa peranti Sony Xperia boleh dianggap agak ketinggalan dalam menampilkan rekaan inovasi atau mengikut trend semasa. Menurut portal letsgodigital, Sony dilaporkan akan menampilkan rekaan lubang kamera pada skrin untuk model Xperia menjelang tahun 2020 nanti.

Pendedahan ini berjaya didedahkan melalui kelulusan paten yang dimohon oleh Sony Corporation di Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) pada 19 Disember 2019. Berdasarkan paten tersebut, Sony tidak lagi hadir dengan rekaan bezel yang tebal pada bahagian atas skrin kerana kamera swafoto telah ditempatkan pada skrin sebagaimana trend telefon pintar sekarang.

Dengan sokongan bezel yang agak tebal pada bahagian bawah skrin, peranti Sony ini juga dipercayai akan menampilkan nisbah paparan sama seperti Xperia 1, iaitu 21:9. Rekaan baharu untuk peranti Sony Xperia ini dijangka akan didedahkan kepada umum dalam acara MWC 2020 yang akan berlangsung pada 24 Februari 2020 nanti.

Baca juga:

Sony Xperia 1 Diperkenalkan – Telefon Pintar Pertama Di Dunia Guna Skrin 21:9 4K OLED

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend