Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Pengeluaran Akaun 2 KWSP (i-Lestari) Comments Off on Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Pengeluaran Akaun 2 KWSP (i-Lestari)

Menyedari akan kesukaran yang dilalui oleh rakyat ketika wabak COVID-19 melanda, kerajaan Malaysia sebelum ini telahpun memutuskan beberapa inisiatif sebagai sebahagian daripada pakej rangsangan ekonomi dan bantuan rakyat.

Salah satu daripadanya adalah kemudahan pengeluaran i-Lestari untuk pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Jadi sekiranya anda ingin tahu lebih terperinci tentang inisiatif ini, berikut adalah soalan lazim tentang i-Lestari:

1. Bilakah anda boleh mula mengemukakan Pengeluaran i-Lestari?

Anda boleh mula mengemukan permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020 (Rabu).

2. Berapakah amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari?

Amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari adalah:

  1. Maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan (1 tahun) tertakluk kepada jumlah simpanan di dalam Akaun 2 pada bulan permohonan dibuat.
  2. Bayaran bermula dari bulan permohonan diterima oleh KWSP sehingga Mac 2021.
  3. Pengeluaran hanya boleh dibuat bagi tempoh 1 tahun (12 bulan) iaitu dari bulan April 2020 hingga bulan Mac 2021 tertakluk kepada para 2(1).
  4. Bayaran Pengeluaran i-Lestari akan mula dibuat mulai Mei 2020.

3. Bagaimanakah ahli boleh mengemukakan permohonan Pengeluaran i-Lestari?

Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dikemukakan melalui tiga (3) saluran berikut:

  1. Secara dalam talian (e-Pengeluaran melalui i-Akaun); atau
  2. Secare e-mel kepada [email protected]; atau
  3. Secara pos/pos berdaftar ke alamat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya (Pengeluaran iLestari)

Ahli perlu membuat permohonan sekali sahaja dan pembayaran Pengeluaran i-Lestari akan dikreditkan secara berulang (recurring) ke dalam akaun bank ahli seperti mana di para 2(1).

4. Siapakah yang layak untuk membuat Pengeluaran i-Lestari?

Ahli-ahli berikut layak untuk membuat Pengeluaran i-Lestari:

  1. Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap; dan
  2. Berumur bawah 55 tahun; dan
  3. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2 tertakluk kepada baki Akaun 2 semasa proses pembayaran pada bulan berkenaan dibuat
  4. Bukan Warganegara Malaysia (Fasa 2)

5. Mengapakah amaun Pengeluaran i-Lestari terhad kepada maksimum RM500 dan secara bulanan?

Pengeluaran i-Lestari ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik Covid-19  ini. Jumlah maksimum RM500 sebulan ini adalah jumlah yang berpatutan bagi menambah sumber kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan.

6. Mengapakah kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari terhad untuk sekali sebulan?

Kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari sekali sebulan adalah kerana pengeluaran ini bertujuan untuk menambah sumber pendapatan bulanan ahli bagi memenuhi keperluan asas setiap bulan.

7. Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya untuk tempoh setahun sahaja?

Tujuan i-Lestari adalah untuk  membantu ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik Covid-19 pada ketika ini. Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa dan dijangka impak pandemik Covid-19 akan berakhir selepas tempoh tersebut.

Pihak KWSP akan mengemaskini soalan lazim ini dari semasa ke semasa. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila kemukakan soalan anda melalui emel kepada [email protected].

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend