Snapchat Kini Membenarkan Pengguna Memadam Mesej Yang Telah Dihantar Comments Off on Snapchat Kini Membenarkan Pengguna Memadam Mesej Yang Telah Dihantar

Jika sebelum ini WhatsApp telah memperkenalkan fungsi untuk membenarkan pengguna memadam mesej yang telah dihantar dari dilihat oleh penerima mesej tersebut, kini fungsi yang sama turut diperkenalkan dalam kemas kini terbaru aplikasi Snapchat.

Menurut perkongsian 9to5Mac, pengguna hanya perlu menyentuh mesej (termasuk gambar, video dan sebagainya) yang ingin disunting atau dipadam selama beberapa saat. Kemudian mereka hanya perlu memilih menu baharu iaitu ‘Delete’ untuk memadam mesej tersebut dari dipaparkan pada ruangan sembang.

Bagi mengekalkan ciri-ciri ketelusan ketika bermesej, setiap mesej yang telah dipadam akan diberitahu kepada penerima, sama seperti yang diterapkan pada aplikasi WhatsApp. Kemas kini baharu dengan keupayaan untuk memadam mesej ini akan mula diperkenalkan pada pengguna aplikasi Snapchat di seluruh dunia bermula hari ini secara berperingkat.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend