Skrin Melengkung Pada HUAWEI Mate 30 Pro Tidak Akan Menyebabkan Isu Sentuhan Tanpa Sengaja Comments Off on Skrin Melengkung Pada HUAWEI Mate 30 Pro Tidak Akan Menyebabkan Isu Sentuhan Tanpa Sengaja 292

Antara perkara yang paling dirisaukan oleh pengguna pada rekaan skrin melengkung adalah sentuhan pada skrin tanpa disengajakan. Memandangkan HUAWEI Mate 30 Pro hadir dengan rekaan skrin melengkung sehingga mencecah 88 darjah, ia sudah tentunya akan menyebabkan kesukaran untuk memegang peranti ini tanpa menyentuh bahagian sisi skrin.

Ternyata ia tidak akan menjadi masalah pada HUAWEI Mate 30 Pro kerana menurut Li Xiaolong selaku Naib Presiden Produk Telefon Mudah Alih Perniagaan Pengguna HUAWEI, mereka telah mengasingkan bahagian skrin Mate 30 Pro pada tiga bahagian. Bahagian skrin utama merupakan paparan skrin rata, dan juga paparan skrin melengkung pada sisi kiri dan kanannya.

Pelarasan volume kini boleh diakses menggunakan butang maya sama ada pada sisi kiri atau kanan skrin.
Bahagian sisi kiri melengkung pada Mate 30 Pro turut dioptimumkan untuk digunakan sebagai butang kawalan permainan ataupun sebagai butang shutter kamera.

Menurutnya lagi, sentuhan pada paparan skrin melengkung itu akan diabaikan dan hanya bahagian paparan skrin rata sahaja boleh digunakan seperti peranti dengan skrin rata konvensional. Tetapi sekiranya anda ingin menggunakan bahagian skrin melengkung ini untuk melaras volume, butang kawalan permainan ataupun butang shutter kamera, ia perlu diaktifkan dengan mengetuk bahagian sisi skrin sebanyak dua kali.

Tonton video demonstrasi bagaimana mengakses butang kawalan maya untuk melaras volume:

sumber

Baca juga:

HUAWEI Mate 30 Dan Mate 30 Pro Kini Rasmi Dengan Kirin 990 5G, Kamera 40MP RYYB Dan Pengecasan Tanpa Wayar 27W

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend