Skor Penanda Aras Geekbench Huawei Mate 20 Lite Dengan Sokongan Pemproses Kirin 710 Mula Didedahkan Comments Off on Skor Penanda Aras Geekbench Huawei Mate 20 Lite Dengan Sokongan Pemproses Kirin 710 Mula Didedahkan

Jika sebelum ini rekaan, spesifikasi awal dan juga penyediaan warna Huawei Mate 20 Lite telah diperlihatkan di Internet, kali ini aplikasi penanda aras popular Android iaitu Geekbench pula telah mendedahkan keputusan skor yang diperolehi oleh peranti terbaru yang akan diperkenalkan oleh Huawei tidak lama lagi.

Dengan sokongan pemproses terbaru Kirin 710 yang sebelum ini telah diperkenalkan pada Huawei nova 3i, Huawei Mate 20 Lite telah berjaya mencatatkan skor 1598 untuk ujian single-core yang tidak begitu jauh berbeza dengan skor nova 3i. Namun begitu, untuk keputusan multi-core pula, skor yang dicatatkan sedikit rendah iaitu 4665 dan ini mungkin disebabkan ianya masih lagi dalam peringkat pra-penghasilan.

Melalui ujian itu juga, ia turut mengesahkan bahawa Huawei Mate 20 Lite menyokong RAM berkapasiti 4GB dan juga akan dioperasikan dengan Android 8.1 Oreo. Malah ia mungkin akan turut menampilkan sokongan antaramuka baharu EMUI 8.2 sama seperti Huawei nova 3i sebelum ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend