SKMM Mengingatkan Orang Ramai Berwaspada Apabila Menerima Mesej Atau Panggilan Mencurigakan Comments Off on SKMM Mengingatkan Orang Ramai Berwaspada Apabila Menerima Mesej Atau Panggilan Mencurigakan

CYBERJAYA – Orang ramai diingatkan supaya memastikan semua aplikasi dalam telefon bimbit sentiasa dikemas kini dan membuat pengesahan terlebih dahulu jika menerima mesej atau panggilan daripada pihak yang mencurigakan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan media memaklumkan pihaknya menerima aduan mengenai insiden pengambilalihan akses kepada akaun yang didaftarkan atas nombor telefon milik individu berprofil tinggi.

Orang ramai diminta elakkan daripada berkongsi kod pengesahan yang diterima supaya aplikasi tidak dapat diambil alih oleh pihak ketiga. Mereka pihak yang menjadi mangsa kepada penipuan diminta melaporkan kepada pihak polis dengan kadar segera.

MCMC menyedari bahawa modus operandi penipuan dalam talian akan berubah mengikut peredaran masa dan akan memaklumkan kepada orang ramai dari masa ke semasa.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend