SKMM Lapor TM Mencatatkan Jumlah Aduan Tertinggi Berbanding Telco Lain Comments Off on SKMM Lapor TM Mencatatkan Jumlah Aduan Tertinggi Berbanding Telco Lain

SKMM hari ini mengeluarkan kenyataan media mengenai ambil maklum penjelasan TM berhubung isu-isu pengguna yang dibangkitkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia. Dalam laporan berkenaan SKMM menjelaskan TM telah gagal mengambil tindakan pembaikan servis kepada rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang bergantung kepada rangkaian TM seharian.

Sehingga kini MCMC telah menerima sebanyak 7,946 aduan berhubung dengan perkhidmatan TM, yakni peningkatan sebanyak 43% berbanding dengan 4,528 aduan pada tahun 2017. Berdasarkan kepada purata bilangan aduan untuk setiap 1,000 pengguna, TM telah mencatatkan jumlah aduan tertinggi jika dibandingkan dengan penyelia perkhidmatan telekomunikasi yang lain.

Aduan yang diterima juga menjurus kepada ketidakpuasan hati pengguna terhadap isu harga (21%), kurangnya liputan Unifi (16%), gangguan perkhidmatan Unifi (13%), pertikaian bil dan caj (14%), penyampaian perkhidmatan (14%), dan lain-lain kategori sebanyak 22%.

Jadi, apa yang boleh dirumuskan dalam laporan ini ialah kerajaan memandang serius berkaitan kemorosotan penyampaian perkhidmatan TM dan perlu diperbaiki segera. Pendekatan berulang kali TM dalam menangani aduan pengguna sering menggunakan alasan yang tidak boleh diterima. Sebagai contoh, semalam TM memaklumkan kepada para pelanggan mengenai gangguan rangkaian, namun sehingga kini masih gagal menyatakan sebab yang mengakibatkan gangguan tersebut.

SKMM juga menyatakan perlindungan pengguna menjadi keutamaan malah tidak teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan kawal selia terhadap TM ataupun mana-mana pemegang lesen yang melanggar peraturan yang ditetapkan.

Kemaskini: TM telah memberitahu gangguan perkhidmatan jalur lebar semalam berpunca daripada pihak kontraktor yang terpotong kabel optik dalam projek MRT di Sentul dan West Coast Expressway (WSE) di Sabak Bernam.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend