SK Hynix Perkenal Sensor Kamera ‘Black Pearl’, Bakal Bersaing Dengan Sony IMX Dan Samsung ISOCELL Comments Off on SK Hynix Perkenal Sensor Kamera ‘Black Pearl’, Bakal Bersaing Dengan Sony IMX Dan Samsung ISOCELL

SK Hynix yang merupakan pengeluar memori kedua terbesar baru-baru ini telah memperkenalkan penawaran sensor imej CMOS baharu yang kini lebih dikenali sebagai ‘Black Pearl’.

Bermula suku pertama tahun ini, SK Hynix akan melancarkan empat sensor imej CMOS untuk telefon pintar yang terdiri daripada dua sensor Telephoto iaitu Hi-847 dan Hi-1337. Manakala dua sensor Ultra Wide lagi adalah Hi-1634 dan Hi-2021.

Sensor Hi-847 dengan sokongan lensa beresolusi 8MP ini hadir dengan fungsi zum optikal sehingga 3x, dan lebih kos efektif berbanding jenama sensor imej yang lain.

Sensor Hi-1337 dengan resolusi 13MP ini pula berupaya menyokong fungsi zum optikal sehingga 2x, tetapi memiliki jumlah piksel yang lebih tinggi berbanding Hi-847. Malah ia juga sesuai untuk digunakan sebagai kamera depan pada telefon pintar.

Sensor imej CMOS Telephoto ‘Black Pearl’ keluaran SK Hynix.

Sensor Hi-1634 dan Hi-2021 yang masing-masing menyokong lensa 16MP dan 20MP ini pula telah dioptimumkan untuk mod penggambaran Ultra Wide. Dengan sokongan saiz piksel 1.0um, kedua-dua lensa ini dikatakan mampu menghasilkan kualiti setanding gambar yang diambil oleh telefon pintar mercu.

SK Hynix yang merupakan jenama dari Korea Selatan ini turut merancang untuk memperkenalkan sensor imej CMOS 48MP dengan saiz piksel 0.8um pada suku kedua tahun 2020 nanti.

Kemunculan sensor ‘Black Pearl’ keluaran SK Hynix ini secara tidak langsung akan memberikan saingan terhadap jenama pengeluar sensor imej CMOS terkenal iaitu Sony (Sony IMX) dan juga Samsung (ISOCELL).

sumber (Bahasa Korea)

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend