Sistem Operasi Yang Dibangunkan Oleh Huawei Mungkin Akan Dikenali Sebagai ‘Ark OS’ Comments Off on Sistem Operasi Yang Dibangunkan Oleh Huawei Mungkin Akan Dikenali Sebagai ‘Ark OS’ 713

Huawei sebelum ini telah mengesahkan bahawa mereka sudahpun bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan yang akan dikenakan oleh kerajaan Amerika Syarikat ke atas jenama. Antara persediaan yang telah diambil oleh Huawei termasuklah dengan membangunkan sistem operasi alternatif Android yang tampil dengan nama kod ‘Hongmeng’.

Berdasarkan pendedahan yang berjaya dikongsikan oleh AndroidHeadlinessistem operasi yang dibangunkan oleh Huawei itu mungkin akan lebih dikenali sebagai ‘ARK OS’. Perkara ini berjaya diperolehi melalui pendaftaran beberapa nama tanda dagangan di dalam organisasi Pejabat Harta Intelek Kesatuan Eropah (EUIPO) yang telah difailkan pada 24 Mei 2019.

Nama yang telah didaftarkan oleh Huawei termasuklah ‘Huawei ARK OS’, ‘Huawei ARK’, ‘ARK’, dan juga ‘ARK OS’. Jadi adalah tidak mustahil penggunaan nama sistem operasi daripada Huawei ini akan diguna pakai untuk versi global nanti, sepertimana yang telah dikongsikan sebelum ini.

Baca juga:

Sistem Operasi Huawei Dipercayai 60% Lebih Pantas Berbanding Android Dan Akan Diperkenalkan Dalam Versi China Dan Global

Sistem Operasi Daripada Huawei Mungkin Diperkenalkan Pada September 2019, Mampu Menyokong Aplikasi Android Dan Web

Ini Respon Ren Zhengfei Berkenaan Sekatan Penuh A.S Kepada Huawei

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend