Sistem Operasi Huawei Dipercayai 60% Lebih Pantas Berbanding Android Dan Akan Diperkenalkan Dalam Versi China Dan Global Comments Off on Sistem Operasi Huawei Dipercayai 60% Lebih Pantas Berbanding Android Dan Akan Diperkenalkan Dalam Versi China Dan Global 1015

Melalui sesi temu ramah di antara Huawei dengan media tempatan di China seperti yang dikongsikan  oleh FinanceSina, Huawei akan sentiasa komited terhadap sistem operasi Microsoft Windows dan Google Android buat masa ini. Namun begitu, mereka sentiasa telah bersiap sedia untuk menggunakan pelan B dengan melancarkan sistem operasi yang telah dibangunkan sendiri oleh Huawei sejak tahun 2012 lagi.

Sungguhpun begitu, tindakan untuk menggunakan sistem operasi itu akan hanya dibuat sekiranya pihak Amerika Syarikat menyekat sepenuhnya penggunaan sistem operasi sedia ada. Melalui pendedahan yang dikongsikan melalui perbincangan di group WeChat, sistem operasi itu dipercayai akan menjanjikan kepantasan 60% lebih pantas untuk mengoperasikan aplikasi pihak ketiga berbanding sistem operasi Android.

Di dalam laporan berasingan yang telah  dikogsikan oleh HuaweiCentral, sistem operasi Huawei yang sebelum ini akan dikenali sebagai ‘Hongmeng’ atau ‘Hong Meng’ ini akan diperkenalkan untuk pasaran tempatan di China, manakala untuk pasaran global pula ia bakal menggunakan nama sistem operasi yang berbeza.

Apa yang pasti, sistem operasi daripada Huawei ini telah disahkan boleh mengoperasikan aplikasi Android dan juga aplikasi web tanpa masalah. Malah sistem operasi ini juga boleh dioperasikan pada pelbagai produk berbeza termasuklah telefon pintar, tablet, komputer, TV dan banyak lagi.

Baca juga:

Sistem Operasi Daripada Huawei Mungkin Diperkenalkan Pada September 2019, Mampu Menyokong Aplikasi Android Dan Web

TSMC Dilaporkan Akan Menghasilkan Cip Untuk Huawei Berasaskan ARMv8

Huawei Berkemungkinan Akan Bekerjasama Dengan Aptoide Sebagai Alternatif Untuk Google Play Store

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend