Siri Vivo X30 Dengan Sokongan 60x Zum Dan Lensa Portret 50mm Akan Dilancarkan 16 Disember Ini Comments Off on Siri Vivo X30 Dengan Sokongan 60x Zum Dan Lensa Portret 50mm Akan Dilancarkan 16 Disember Ini

Vivo nampaknya tidak mahu ketinggalan dalam persaingan telefon pintar dengan sokongan fungsi penggambaran hebat apabila telah menjadualkan akan melancarkan siri Vivo X30 pada 16 Disember 2019 nanti. Berdasarkan perkongsian yang diperolehi, Vivo dipercayai akan menawarkan dua model berbeza dari siri ini iaitu Vivo X30 dan juga Vivo X30 Pro.

Walaupun tiada spesifikasi terperinci yang didedahkan secara rasmi, siri Vivo X30 bakal menampilkan sokongan kuad kamera utama beresolusi 64MP. Peranti terbaharu daripada Vivo ini akan hadir dengan keupayaan penggambaran yang sangat menarik seperti zum periskop sehingga 5x, zum hibrid sehingga 60x, dan juga turut dilengkapi dengan lensa potret 50mm untuk efek bokeh yang lebih baik.

Siri Vivo X30 juga turut menyokong paparan skrin penuh dengan bezel nipis, dan juga memiliki lubang kamera depan yang kecil pada sisi kanan skrin. Melalui gambar yang dikongsikan, ia juga dilihat masih mengekalkan sokongan bicu audio 3.5mm pada bahagian atas kerangkanya.

Didatangkan dalam tiga warna pilihan iaitu hitam, ungu dan merah jambu, siri Vivo X30 juga telah disahkan akan dikuasakan dengan cipset Exynos 980. Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut berhubung harga dan spesifikasi lengkap siri Vivo X30, sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya nanti.

Baca juga:

Vivo S1 Pro Dengan Kuad Kamera 48MP, 8GB RAM Dan 4500mAh Kini Rasmi Pada Harga RM1199

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend