Siri TV Samsung QLED 2018 Telah Disahkan Tidak Berhadapan Dengan Isu ‘Burn-in’ Pada Skrin – Testlab Comments Off on Siri TV Samsung QLED 2018 Telah Disahkan Tidak Berhadapan Dengan Isu ‘Burn-in’ Pada Skrin – Testlab

Panel skrin berasaskan LED tidak dinafikan sering berhadapan dengan isu burn-in yang mana terdapat imej ‘ghosting’ yang akan dipaparkan pada skrin apabila skrin diaktifkan tanpa henti untuk satu tempoh masa yang panjang. Lebih memburukkan keadaan, efek burn-in ini sukar diatasi dan ia akan terus kekal dipaparkan pada skrin.

Bagi membuktikan bahawa siri TV Samsung QLED 2018 bebas dari isu burn-in, Samsung sebelum ini telah bekerjasama dengan majalah teknologi popular dari Jerman iaitu PC Magazin, dan juga Testlab iaitu makmal ujian global untuk menjalankan ujian pengiktirafan yang dijalankan mengikut piawaian Information Display Measurements Standard (IDMS).

Selepas ujian ketahanan selama 72 jam, siri TV Samsung QLED 2018 telah disahkan berjaya melepasi ujian tersebut dengan sangat baik tanpa isu burn-in. Perkara ini sangat menarik kerana walaupun TV itu telah dibiarkan bersiaran untuk satu jangka masa yang panjang, logo rangkaian TV yang dipaparkan secara statik pada skrin langsung tidak meninggalkan kesan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend