Siri Samsung Galaxy S10 Akan Turut Menawarkan Fungsi ‘Wireless Reverse Charging’ Comments Off on Siri Samsung Galaxy S10 Akan Turut Menawarkan Fungsi ‘Wireless Reverse Charging’

Jika sebelum ini gambar sebenar unit kejuruteraan Samsung Galaxy S10 dan Galaxy S10 Plus telah berjaya didedahkan di Internet, baru-baru ini satu lagi berita berkaitan siri Galaxy S10 telah tertiris di laman Samsung Members Community. Melalui perkongsian itu, pengunjung yang hadir di sesi demonstrasi Samsung telah berkongsi gambar alat kawalan yang digunakan untuk memaparkan video pengenalan siri Galaxy S10.

Apa yang menarik perhatian adalah kehadiran butang kelima pada alat kawalan itu yang mengesahkan sokongan fungsi ‘Wireless Reverse Charging’ yang akan disokong oleh siri Galaxy S10 nanti. Berdasarkan maklumat yang diterima, teknologi yang membolehkan Galaxy S10 digunakan sebagai pad pengecasan tanpa wayar itu akan dikenali sebagai ‘Powershare’.

Walau bagaimanapun teknologi pengecasan yang disokong pada Galaxy S10 itu nanti dijangka menyokong kelajuan pengecasan yang mungkin setanding dengan teknologi sama yang disokong pada Huawei Mate 20 Pro. Menurut khabar angin yang tersebar, Galaxy S10E akan menyokong bateri 3100mAh, Galaxy S10 pula hadir dengan 3500mAh, dan Galaxy S10 Plus pula hadir dengan 4100mAh.

Baca juga:

GAMBAR SEBENAR Samsung Galaxy S10 Dan Galaxy S10 Plus Kini Diperlihatkan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend