Siri Samsung Galaxy M Dijadualkan Akan Tiba Di Malaysia Pada 18 Mac, Dijual Secara Eksklusif Di Shopee Comments Off on Siri Samsung Galaxy M Dijadualkan Akan Tiba Di Malaysia Pada 18 Mac, Dijual Secara Eksklusif Di Shopee

Minggu lepas Samsung Malaysia telahpun mengesahkan ketibaan siri Galaxy M untuk pasaran tempatan, bahkan pengguna menantikan dengan siri terbaharu daripada Samsung ini juga sudah boleh mendaftar minat di laman rasmi Samsung.

Melalui perkongsian yang terbaru, Samsung Malaysia dikhabarkan akan dilancarkan secara rasmi di negara ini pada minggu depan iaitu 18 Mac 2019 nanti. Lebih menariknya, buat pertama kalinya siri Galaxy M ini turut dikatakan akan hanya dijual secara eksklusif di platform e-dagang Shopee.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung harga dan tarikh ketersediaan peranti pertama daripada Samsung yang hadir dengan rekaan skrin jenis ‘Infinity V Display’ ini, nantikan pendedahan rasminya pada minggu depan.

Baca juga:

Samsung Galaxy M10 Dan Galaxy M20 Kini Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Rekaan Takuk Kecil

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend