Siri Redmi Note 9 Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 30 April 2020 Comments Off on Siri Redmi Note 9 Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 30 April 2020

Xiaomi Malaysia nampaknya bakal melancarkan beberapa lagi model baharu keluarannya apabila ia dilihat telah mula berkongsi imej acah yang mendedahkan tarikh pelancaran siri Redmi Note 9 yang dijadualkan akan dilancarkan pada 30 April 2020 nanti.

Namun memandangkan model Redmi Note 9S yang baru sahaja tiba di Malaysia memiliki spesifikasi yang sama seperti model Redmi Note 9 Pro, berkemungkinan besar model yang akan dilancarkan nanti mungkin merupakan model Redmi Note 9 ataupun Redmi Note 9 Pro Max.

Redmi Note 9 Pro Max hadir dengan sokongan kuad kamera dengan lensa utama 64MP.

Selain siri Redmi Note 9, Xiaomi Malaysia turut mengesahkan akan memperkenalkan produk keluarannya yang lain pada majlis pelancaran yang akan dibuat melalui penstriman langsung itu nanti.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend