Siri Redmi K30 Kini Rasmi Dengan Skrin IPS LCD 6.67″, Paparan 120Hz Dan Kamera 64MP Sony IMX686 Comments Off on Siri Redmi K30 Kini Rasmi Dengan Skrin IPS LCD 6.67″, Paparan 120Hz Dan Kamera 64MP Sony IMX686

Ternyata Redmi sekali lagi bakal menjadi penanda aras untuk pengeluar lain telefon pintar kelas pertengahan yang lain, selepas dua model terbaharunya kini telahpun dilancarkan secara rasmi dengan kehadiran Redmi K30 4G dan juga Redmi K30 5G di China.

Redmi K30 dan Redmi K30 5G masing-masing menampilkan rekaan fizikal yang sama iaitu paparan skrin IPS LCD berukuran 6.67 inci FHD+ (2400 x 1080 piksel), dengan sokongan panel Corning Gorilla Glass 5. Apa yang istimewanya, kedua-dua model ini turut menampilkan teknologi paparan terbaik iaitu skrin dengan kadar segar semula mencecah 120Hz dan juga HDR10.

Tidak cukup dengan itu, Redmi K30 4G dan Redmi K30 5G ini juga turut tersedia dengan dwi kamera utama beresolusi 20MP (f/2.2) + 2MP (Depth sensor, f/2.4) yang terletak pada bahagian kanan skrin mirip seperti Galaxy S10+. Namun begitu ia tidak menyokong pengimbas cap jari di dalam skrin, sebaliknya sensor itu telah diintegrasikan terus pada butang kuasa pada sisi kerangkanya.

Menariknya siri Redmi K30 juga merupakan telefon pintar pertama yang telah diperkenalkan dengan sokongan kuad kamera 64MP menggunakan sensor baharu daripada Sony IMX686. Selain itu ia turut tersedia dengan tiga lagi lensa kamera tambahan iaitu beresolusi 8MP (Ultra Wide) + 5MP (Super Macro) + 2MP (Depth). Namun untuk Redmi K30 4G, lensa Super Macro hanya menyokong 2MP sahaja.

Dioperasikan dengan MIUI 11 berasaskan Android 10, siri Redmi K30 menyokong RAM berkapasiti sehingga 8GB, storan UFS 2.1 mencecah sehingga 256GB, dan juga bateri berkapasiti 4500mAh. Perbezaan ketara adalah Redmi K30 4G telah dikuasakan dengan cipset Snapdragon 730G dengan pengecasan 27W, manakala Redmi K30 5G pula menyokong Snapdragon 765G dan pengecasan 30W.

This slideshow requires JavaScript.

Harga Redmi K30 4G:

  • 4GB + 64GB – CNY1,599 (~RM945)
  • 6GB + 64GB – CNY1,699 (~RM1,005)
  • 8GB + 128GB – CNY1,899 (~RM1,123)
  • 8GB + 256GB – CNY2,199 (~RM1,300)

Harga Redmi K30 5G:

  • 6GB + 64GB – CNY1,999 (~RM1,182)
  • 6GB + 128GB – CNY2,299 (~RM1,360)
  • 8GB + 128GB – CNY2,599 (~RM1,538)
  • 8GB + 256GB – CNY2,899 (~RM1,715)

Spesifikasi Redmi K30 4G dan Redmi K30 5G:

  • MIUI 10 (Android 10)
  • Qualcomm Snapdragon 765G (Redmi K30 5G) / Qualcomm Snapdragon 730G (Redmi K30 4G)
  • 6.67 inci IPS LCD FHD+ (2400 x 1080 piksel)
  • Corning Gorilla Glass 5, HDR10, 120Hz
  • 4GB/6GB/8GB + 64GB/128GB/256GB
  • Kamera depan: 20MP + 2MP (Depth)
  • Kamera utama: 64MP (Sony IMX686) + 8MP (Ultra Wide) + 5MP/2MP (Super Macro) + 2MP (Depth)
  • 4500mAh
  • 30W (Redmi K30 5G) / 27W (Redmi K30 4G)
  • WiFi 802.11ac, Bluetooth 5.1 (Redmi K30 5G) / Bluetooth 5.0 (Redmi K30 4G), USB Type-C, Dual GPS (Redmi K30 5G) / GPS (Redmi K30 4G), Inframerah, NFC, 3.5mm audio jack
  • Sistem penyejukan cecair (Redmi K30 5G)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend