Siri Redmi K20 Untuk Pasaran Global Kini Cecah Lebih 5 Juta Unit Comments Off on Siri Redmi K20 Untuk Pasaran Global Kini Cecah Lebih 5 Juta Unit

Baru-baru ini sub-jenama Xiaomi iaitu Redmi telahpun mengumumkan berjaya mencatatkan rekod jualan lebih 5 juta unit untuk siri Redmi K20 dan Redmi K20 Pro untuk pasaran global.

Di dalam satu sidang media, Lu Weibing selaku Naib Presiden Kumpulan Xiaomi, yang juga Pengurus Besar Jenama Redmi telah menyatakan bahawa angka jualan itu berjaya dicapai oleh Redmi K20 dan Redmi K20 Pro bagi tempoh sembilan iaitu bermula 28 Mei 2019 sehingga 24 Februari 2020.

Tambahnya lagi, daripada jumlah lebih 5 juta itu, 50% adalah pengguna baharu yang tidak pernah memiliki mana-mana peranti keluaran Redmi sebelum ini.

Selain menjanjikan spesifikasi yang sangat berbaloi dengan harga jualannya, siri Redmi K20 juga pernah memenangi anugerah berprestij daripada iF Design Award.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend