Siri OPPO Reno3 Akan Dilancarkan 12 Mei Di Malaysia, 15 Unit Reno3 Untuk Dimenangi Comments Off on Siri OPPO Reno3 Akan Dilancarkan 12 Mei Di Malaysia, 15 Unit Reno3 Untuk Dimenangi

OPPO Malaysia kini telahpun mengesahkan akan melancarkan siri OPPO Reno3 secara rasmi di Malaysia pada 12 Mei (Selasa) ini di TV3, 8TV dan juga Facebook rasmi OPPO Malaysia, bermula jam 6 petang.

Acara pelancaran yang akan dibuat secara penstriman langsung ini akan dihoskan oleh selebriti TV popular Baki Zainal dan Pauline Tan, serta personaliti terkenal Amelia Anderson, Phei Yong, dan juga Joey Leong.

Ketika penstriman langsung berlangsung, anda boleh memenangi sebanyak 15 unit model OPPO Reno3 yang akan diberikan dalam dua segmen berasingan seperti berikut:

  • Segmen pertama5 unit OPPO Reno3 akan diberikan kepada pemenang bertuah yang ‘Like & Share’ penstriman langsung di Facebook rasmi OPPO dengan tanda pagar #OPPOReno3Series.
  • Segmen kedua – 10 unit OPPO Reno3 akan diberikan kepada pemenang bertuah yang ‘Like & Share’ penstriman langsung di Facebook rasmi OPPO dengan tanda pagar #OPPOReno3Series, dan jawab soalan yang betul di ruangan komen.
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend