Siri HUAWEI P40 Terima Kemas Kini Kamera Dengan Mod AI 50MP, Contoh Gambar Ada Dikongsikan Comments Off on Siri HUAWEI P40 Terima Kemas Kini Kamera Dengan Mod AI 50MP, Contoh Gambar Ada Dikongsikan

Seperti yang kita ketahui, HUAWEI siri-P merupakan telefon pintar yang memfokuskan kepada keupayaan fotografi. Malah kehadiran HUAWEI P40 Pro turut diiktiraf sebagai telefon pintar berkamera terbaik oleh TIPA World Awards 2020.

Bagi memastikan keupayaan penggambaran yang lebih baik, HUAWEI baru-baru ini dilaporkan sudah mula memperkenalkan kemas kini utama yang menawarkan mod AI 50MP yang mampu menghasilkan imej beresolusi tinggi dengan butiran gambar yang lebih terperinci.

Menggabungkan antara keupayaan AI dan juga lensa utama 50MP Ultra Vision, ia akan mengambil masa selama 3 saat untuk menghasilkan sebuah gambar dengan resolusi tinggi.

Melalui gambar yang dikongsikan oleh portal huaweicentral, jelas dapat dilihat kejelasan teks pada gambar yang diambil menggunakan mod AI 50MP dengan gambar 50MP biasa.

Baca ulasan penuh HUAWEI P40 Pro:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend