Siri HUAWEI P40 Sah Akan Dilancarkan Pada Mac 2020 Dengan Sokongan HUAWEI Mobile Services Comments Off on Siri HUAWEI P40 Sah Akan Dilancarkan Pada Mac 2020 Dengan Sokongan HUAWEI Mobile Services

Di dalam satu pertemuan dengan media di Perancis di ibu pejabat HUAWEI di Shenzhen, Richard Yu selaku Ketua Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei telah mengesahkan kepada umum bahawa siri HUAWEI P40 akan dilancarkan di Paris pada penghujung bulan Mac tahun depan.

Tambahnya lagi, siri HUAWEI P40 juga akan dioperasikan dengan antaramuka EMUI 10 berasaskan daripada Android 10, dan bukannya sistem operasi HUAWEI iaitu HarmonyOS. Menurut fandroid, sistem operasi daripada HUAWEI itu tidak akan diperkenalkan pada model ini, sekurang-kurangnya tidak untuk pasaran Eropah.

Berbanding generasi sebelum ini, Richard Yu turut mengesahkan bahawa siri HUAWEI P40 akan menerima penambahbaikan pada kualiti kamera, prestasi dan juga ketahanan bateri. Malah siri HUAWEI P40 juga dilaporkan tidak akan menyokong Google Mobile Services, sebaliknya akan tersedia dengan HUAWEI Mobile Services.

Sebagaimana trend sebelum ini, siri HUAWEI P40 akan mengekalkan sokongan cipset Kirin 990 sama seperti siri Mate 30, manakala cipset terbaharu Kirin 1020 akan diperkenalkan pada siri HUAWEI Mate 40 pada suku ketiga tahun 2020 nanti.

Baca juga:

Cipset Kirin 1020 Untuk Siri HUAWEI Mate 40 Didakwa Mampu Menjanjikan Prestasi 50% Lebih Berkuasa

Siri HUAWEI P40 Dan Mate Xs 5G Dipercayai Akan Menyokong Teknologi HUAWEI SuperCharge 65W

HUAWEI P40 Pro Mungkin Guna Paparan 120Hz Dan Bateri Graphene 5500mAh

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend