Siri HUAWEI P40 Janjikan Prestasi Fotografi Dan Sambungan Terbaik, Memudahkan Kerja Sepanjang PKP Comments Off on Siri HUAWEI P40 Janjikan Prestasi Fotografi Dan Sambungan Terbaik, Memudahkan Kerja Sepanjang PKP

Memandangkan kini kita sudahpun memasuki fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bekerja dari rumah sudah menjadi satu norma baru di kalangan kebanyakan penduduk di negara ini.

Sememangnya tidak dinafikan bahawa bekerja dari rumah memiliki kelebihan kerana ia mampu menjimatkan masa perjalanan. Namun begitu dalam masa yang sama itu ia turut memiliki cabaran – terutamanya dalam menjaga produktiviti dan juga kecekapan bekerja.

Jadi dengan bantuan siri HUAWEI P40, bekerja dari rumah akan menjadi lebih mudah kerana ia dilengkapi sambungan terbaik dan juga prestasi fotografi yang terbaik. Berikut adalah fungsi dan ciri menarik yang ditawarkan..

  • Sentiasa terhubung dengan ‘MeeTime’

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, panggilan video telah menjadi salah satu kaedah paling mudah untuk mengadakan mesyuarat. Dengan adanya sokongan ‘MeeTime’, ia telah merevolusikan panggilan video melalui tahap kejelasan yang lebih baik walaupun dalam persekitaran kurang cahaya dan juga sambungan isyarat yang lebih stabil.

Tidak cukup dengan itu, MeeTime juga membolehkan anda untuk berkongsi skrin peranti dengan sokongan input lakaran secara masa-nyata. Ini sudah tentunya menjanjikan penyampaian yang lebih berkesan dan efisien.

  • Meningkatkan produktiviti dengan Multi-screen Collaboration

HUAWEI telah memperkenalkan fungsi ‘Multi-screen Collaboration’ yang menawarkan teknologi unik dalam meningkatkan produktiviti pengguna. Melalui fungsi ini, anda boleh berkongsi paparan skrin siri HUAWEI P40 dengan HUAWEI MatePad Pro dengan lebih lancar dan mudah.

Bahkan anda bebas untuk mengawal kedua-dua skrin peranti itu pada satu-satu masa, sekaligus memudahkan anda untuk lebih fokus pada tugasan yang dibuat. Ini ditambah pula dengan fungsi pemindahan fail menggunakan kaedah ‘drag & drop’ yang sememangnya sangat praktikal.

  • Sambungan hotspot segera dengan satu klik

Sekiranya sambungan WiFi di rumah anda tidak berfungsi, fungsi ‘Multi-screen Collaboration’ boleh menjadikan siri HUAWEI P40 sebagai hotspot selular dengan hanya satu klik sahaja. Ini sememangnya berbeza dengan sambungan hotspot biasa yang memerlukan anda untuk memasukkan kata laluan secara manual.

  • Pengambilan gambar dengan pelbagai fungsi menarik

Dengan bantuan siri HUAWEI P40 yang menampilkan sokongan prestasi kamera terbaik, urusan kerja yang memerlukan anda untuk mengambil gambar produk dan dokumen mampu menjanjikan hasil gambar terbaik tanpa memerlukan bantuan studio penggambaran.

Sokongan lensa kamera 50MP Ultra Vision dengan sokongan OIS dan aperture f/1.9 yang dilengkapi dengan fungsi penggambaran AI seperti Golden Snap dan Documents sememangnya sangat membantu dalam menghasilkan gambar seperti seorang profesional.

Baca juga: Keupayaan Kamera Siri HUAWEI P40 Yang Diambil Oleh Jurugambar Profesional Dikongsikan

  • Sentiasa mengikuti perkembangan terkini

Di dalam kesibukan bekerja dari rumah, anda juga boleh mengikuti perkembangan terkini yang berlaku di dalam dan luar negara dengan menggunakan aplikasi berita seperti The Star, Newswav dan sebagainya yang tersedia di dalam HUAWEI AppGallery.

Tempah Siri HUAWEI P40!

Walaupun berada dalam fasa PKP, kini anda masih boleh memiliki siri HUAWEI P40 yang merupakan sebuah telefon pintar dengan sambungan dan fotografi terbaik melalui pembelian secara atas talian di HUAWEI Online Official Store.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend