
Baru-baru ini HUAWEI telahpun mengumumkan pengiktirafan siri HUAWEI P40 iaitu HUAWEI P40, HUAWEI P40 Pro dan HUAWEI P40 Pro+ sebagai pemenang bagi kategori ‘Best Photo Smartphones of 2020′ di dalam anugerah TIPA Word Awards 2020.
Pengiktirafan ini sekaligus menjadikan HUAWEI P-siri sebagai pemenang untuk empat tahun berturut-turut di dalam anugerah berprestij itu. Malah sebelum ini DXOMARK juga telah memberikan skor prestasi kamera tertinggi untuk model HUAWEI P40 Pro.
Ditubuhkan pada tahun 1991, TIPA merupakan sebuah persatuan yang terdiri daripada ahli penerbitan bercetak dan dalam talian yang terkenal dari seluruh dunia.
Baca ulasan penuh HUAWEI P40 Pro: HUAWEI P40 Pro, Peranti 5G Berprestasi Tinggi Dengan Kuad Kamera Leica Berkuasa
Baca juga: