Siri HUAWEI P40 Dijangka Akan Dilengkapi Kamera RYYB 52MP Menggunakan Sensor Sony IMX700 Comments Off on Siri HUAWEI P40 Dijangka Akan Dilengkapi Kamera RYYB 52MP Menggunakan Sensor Sony IMX700

Tidak dinafikan sejak kebelakangan ini jelas dapat dilihat peralihan trend penggunaan sensor kamera beresolusi besar mencecah lebih 100MP. Ini jelas dapat dilihat pada siri Xiaomi Mi 10 dan juga Samsung Galaxy S20 Ultra.

Berkemungkinan besar HUAWEI akan hadir dengan sensor kamera utama yang lebih kecil apabila siri HUAWEI P40 telah dilaporkan akan menyokong lensa utama beresolusi 52MP daripada Sony IMX700.

Imej pengolokan HUAWEI P40 Pro

Sama seperti generasi sebelum ini, siri HUAWEI P40 akan mengekalkan sensor lensa utama jenis RYYB. Selain itu, model HUAWEI P40 Pro juga dikatakan akan dilengkapi lensa Ultra Wide beresolusi 40MP, lensa periskop dengan 10x zum optikal, dan juga lensa ToF.

Benar atau tidak maklumat yang didedahkan ini, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi siri HUAWEI P40 yang dijangka akan berlangsung pada 26 Mac 2020 nanti.

sumber, melalui

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend