Siri HUAWEI P30 Akan Mula Menjadi Telefon Pintar Terawal Terima Kemas Kini EMUI 10 Bermula 8 September Comments Off on Siri HUAWEI P30 Akan Mula Menjadi Telefon Pintar Terawal Terima Kemas Kini EMUI 10 Bermula 8 September 187

EMUI10 sudahpun diumumkan secara rasmi kepada umum dalam acara HUAWEI Developers Conference yang berlangsung pada awal Ogos yang lepas. Sebagaimana generasi EMUI terdahulu, HUAWEI terlebih dahulu akan memperkenalkan versi beta untuk diuji terlebih dahulu sebelum versi stabil diperkenalkan.

Menurut HUAWEI, siri P30 merupakan telefon pintar keluarannya yang pertama akan menerima kemas kini tersebut dan diikuti dengan siri HUAWEI Mate 20. Melalui pendedahan yang dibuat, kemas kini EMUI 10 versi beta akan mula tersedia bermula 8 September nanti, dan EMUI 10 itu akan dilancarkan secara rasmi serentak dengan pelancaran siri HUAWEI Mate 30 pada bulan depan.

This slideshow requires JavaScript.

Sejak EMUI1.0 diperkenalkan pada tahun 2012, kini terdapat lebih daripada 500 juta pengguna aktif peranti EMUI di 216 buah negara, dengan 77 sokongan bahasa. Malah berdasarkan statistik, kadar naik taraf daripada EMUI 8.0 ke EMUI 9.0 masing-masing mencecah 79% dan 84%.

Baca juga:

Imej Promo Terbaru Menunjukkan EMUI 10 Akan Menerima Perubahan Besar Pada UI

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend