Siri HUAWEI P20 Antara Lima Model Yang Sudah Mula Terima Kemas Kini EMUI 9.1 Secara Rasmi Di Malaysia Comments Off on Siri HUAWEI P20 Antara Lima Model Yang Sudah Mula Terima Kemas Kini EMUI 9.1 Secara Rasmi Di Malaysia 250

Sebagaimana yang telah dijanjikan oleh HUAWEI Malaysia pada penghujung Jun yang lalu, pemilik lima model telefon pintar di negara ini dilaporkan sudah mula menerima kemas kini EMUI 9.1 secara rasmi bermula hari ini (23 Julai 2019). Kelima-lima model yang sudah mula menerima kemas kini itu termasuklah HUAWEI P20, P20 Pro, Nova 4, Nova 3, dan juga Mate RS.

Fail kemas kini EMUI 9.1 yang agak besar mencecah sehingga 4GB ini menjanjikan pelbagai pembaharuan dan peningkatan seperti sistem EROFS yang menjanjikan kepantasan pengoperasian aplikasi, GPU Turbo 3.0, HUAWEI Vlog, HUAWEI Share OneHop, antaramuka tetapan yang lebih ringkas, dan juga menyokong tampalan keselamatan Android untuk bulan Julai 2019.

Sebagai panduan, kami sarankan anda menjalankan proses ‘Wipe Cache Partition’ di dalam Recovery Mode sebagaimana yang pernah kami kongsikan dalam ruangan tips sebelum ini sekiranya peranti anda terasa kurang lancar. Ini kerana selepas kami menjalankan proses tersebut, peranti terasa lebih lancar.

Baca juga:

Rasmi: HUAWEI Malaysia Umum Tarikh Ketersediaan EMUI 9.1 Untuk Semua Peranti

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend