Siri HUAWEI Nova Dijangka Capai Angka Pengedaran Cecah 100 Juta Unit Menjelang Hujung Julai 2019 Comments Off on Siri HUAWEI Nova Dijangka Capai Angka Pengedaran Cecah 100 Juta Unit Menjelang Hujung Julai 2019 286

HUAWEI sebelum ini baru sahaja melancarkan siri Nova 5 untuk pasaran di China pada hujung Jun 2019 yang lalu dengan kemunculan tiga model berbeza iaitu Nova 5, Nova 5 Pro dan juga Nova 5i. Disasarkan untuk segmen pasaran kelas pertengahan, He Gang selaku Presiden Bahagian Produk HUAWEI percaya siri Nova memiliki pengikutnya yang tersendiri di pasaran global.

Melalui sesi temu ramah terbaharuHe Gang telah menjangkakan untuk mencapai angka pengedaran cecah 100 juta unit untuk siri HUAWEI Nova menjelang hujung bulan Julai 2019 nanti. Keyakinan ini telah didorong oleh perkongsian pasaran jenama ini yang dilihat sangat positif pada setiap bulan untuk pasaran China.

Tambahnya lagi, mereka juga akan meneruskan kerjasama dengan lebih banyak jenama besar pada masa akan datang, dalam usaha untuk memastikan siri ini lebih dikenali oleh lebih banyak pengguna global.

Bahkan sebelum ini HUAWEI telah mendedahkan lebih daripada 100 juta unit telefon pintar HUAWEI telah diedarkan di seluruh dunia. Malah siri HUAWEI P30 juga berjaya mencatatkan pengedaran lebih 10 juta unit dalam tempoh kurang daripada tiga bulan selepas model ini mula dijual.

sumber

Baca juga

Huawei Nova 5, Nova 5 Pro, Dan Nova 5i Diumumkan Secara Rasmi

Lebih 10 Juta Unit Siri Huawei P30 Berjaya Diedarkan Dalam Tempoh 85 Hari Selepas Dilancarkan

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend